APA BAHARU?
Perkembangan semasa

DIARI TERKINI
Feb 1 hingga hari ini
Proses rakaman album sedang berjalan setiap hari setiap malam bermula awal Feb 2018 untuk didedikasikan kepada para penyokong kami Wargasatwa serta seluruh rakyat Malaysia yang menanti dengan penuh sabar. Dijangka menemui kalian tidak lama lagi. Sehingga hari ini Mac 16, rakaman telah pun selesai 68%.

SINGLE TERBARU KINI DI SPOTIFY & ITUNES
Mac 2, 2018
Single terbaru Margasatwa berjudul Ego kini boleh dilayan di Spotify dan boleh dibeli di iTunes. Lagu terbaru ini sememangnya sedang hangat diperkatakan dengan viewer di youtube yang mencecah 6k kurang dari 2 minggu merupakan satu pencapaian positif buat mereka. Kini dengan tersedianya lagu ini di Spotify dan iTunes, Wargasatwa dan seluruh rakyat boleh menyimpan 'Ego'Â di dalam telefon pintar masing-masing.

THELEVELMY : ‘EGO’ MARGASATWA MANTAP, SEPERTI JELMAAN ZAINAL ABIDIN
Mac 9 2018
By Shazwan Zulkiffli
​
Kugiran Margasatwa ini kumpulan baru yang sedang perlahan-lahan menempa nama di arena ‘gigging’ di kawasan Lembah Kelang. Meskipun mereka sudah mempunyai ramai peminat, sebelum ini Margasatwa belum lagi mengeluarkan apa-apa single, dan peminat, atau mereka memanggil diri mereka Wargasatwa, hanya dapat mendengar lagu-lagu mereka di YouTube. Tetapi hari-hari itu sudah berakhir, kerana kumpulan ini baru sahaja mengeluarkan sebuah single bertajuk ‘Ego’.
​
Band di bawah naungan Luncai Emas ini terkenal dengan kelincahan mereka di atas pentas, tetapi lagu ‘Ego’ membawa sebuah dimensi yang baru untuk para peminat. Sekali dengar, hampir seperti jelmaan Zainal Abidin yang menyanyi, tetapi mungkin lebih muda dan bertenaga. Lagu ‘Ego’ ini sangat gemuk dengan lirik yang berisi, nyaman bunyinya di telinga, dan sangat relevan dengan situasi semasa, yang makin hari makin hangat menunggu datangnya demam pilihan raya.
​
Untuk kami, ‘Ego’ boleh dikatakan antara lagu yang terbaik tahun ini.

THE DAILY SENI :Â EGO - MARGASATWA
Mac 16 2018
by ZIM AHMADI
​
In a Malay indie rock movement filled with psychedelic rockers, Margasatwa brings the technicolor musicality to retro ballads. Kimal breaks the boundaries of Malay lyricism for Nusantara indie, with this prosody that embodies such wonderful lines. One of our favourites is this entire verse, Siang engkau hilang/Terseret hingga larut malam/Kau salahkan takdir yang tidak menurutmu. It’s not just the lyrics, but also the song arrangement that makes Ego a great track, from the plucky reverbs on the guitar strings that underpin the song to the guitar solo that won’t sound astray from many rock kapak classics. Rock kapak for picnics and quiet moments of self-reflection or nostalgia.
RATING:
4.5/5
VIDEO SECARA LANGSUNG DI YOUTUBE
Jan 16, 2018
Persembahan secara langsung ini dirakam di Tanjung Malim pada sebuah malam yang gemilang dimana Margasatwa mendendangkan 3 buah lagu iaitu Gemersik Hilai, Cuaca, dan Asmara Botol Kaca.
SINGLE TERBARU KINI DI YOUTUBE
Mac 2, 2018
Single terbaru Margasatwa berjudul Ego kini boleh dilayan di youtube channel Luncai Emas Sdn. Bhd. Lagu terbaru ini menjadi titik permulaan kolaborasi dan kerjasama Margasatwa dengan Syarikat Rakaman bebas yang tersohor itu. Lirik Video yang unik ini adalah hasil tangan Sutradara muda Amen Khalid.
MENJADI WARGASATWA?
Kelab Penyokong Rasmi Margasatwa
Misi kami dalam menubuhkan Wargasatwa adalah agar komuniti ini menjadi sebuah sumber buat para warga untuk mengembangkan pengetahuan tentang pelbagai perkara serta turut berniat mendekatkan silaturahim antara kita. Dokongan terbesar kami adalah daripada anda dan kepada anda jugalah kami terus berkreatif dan berkarya. Sokongan anda dalam bentuk pembelian tiket dan album akan digunakan untuk jalan yang lurus dan tidak bengkang bengkok.
Tekan butang dibawah dan nyatakan nama panggilan anda dan lagu kami yang anda sukai untuk mendaftar secara percuma.
SENTUH KAMI
Salam Wargasatwa! Kami mengalukan sebarang pertanyaan dan cadangan daripada anda!